Wednesday, June 29, 2011
SAYS.my Laman Web Mudah Untuk Mendapat Ganjaran
Semasa sibuk melayari blog, ternampak 1 iklan yang membuatkan saya tertarik untuk klik. Ternyata saya mendapat penemuan baru yang selama ini orang lama dah tahu, tapi saya baru tahu hari ini. Rupa-rupanya laman web SAYS.MY merupakan laman web perkongsian untuk mendapat ganjaran dari orang kita bawa ke laman web tersebut melalui promosi iklan. Setiap "Unique Visitor" akan mendapat bayaran sekurang-kurangnya RM0.20 untuk setiap klik yang membawa ke laman web tersebut atau pengiklan. Yang menariknya, pendaftaran adalah percuma dan medium yang digunakan adalah seperti facebook dan Twitter. Selamat mencuba & success......!!!!!
Saturday, June 25, 2011
Pesta PSKPP Daerah Lawas 2011
![]() |
Bola tampar lelaki-cuaca panas melampau membuatkan ramai guru yang keletihan & "sunburn". |
![]() |
Bola jaring wanita sedang beraksi. |
![]() |
Peserta menyumpit terakhir sedang bertarung. Akhirnya juara juga. |
![]() |
Servis kencang dari SMK Trusan |
![]() |
Ramai yang berteduh di bawah pokok gara-gara cuaca panas yang melampau |
![]() |
Pertandingan bola sepak sedang berlangsung. |
![]() |
Aksi bola sepak guru-guru yang sempat dirakam. |
![]() |
Aksi-aksi Bola jaring guru-guru wanita. |
![]() |
Peserta menyumpit sedang bersiap sedia untuk menyumpit. |
![]() |
Bola Tampar Lelaki Zon Trusan vs Zon Sundar |
![]() |
Hakim menyumpit sibuk mengira markah |
![]() |
Tempat acara menyumpit. |
![]() | ||
Gelanggang Bola jaring |
Pesta PSKPP Daerah Lawas 2011 belah berjaya dianjurkan oleh SMK Lawas, SMK Trusan dan SMK Sundar pada 26 Jun 2011 di gelanggang dan padang bola sepak SMK Lawas. Penglibatan ramai guru memeriahkan lagi keadaan disamping memupuk semangat bersukan di kalangan guru-guru. Walaupun panas terik, semua diabaikan sehingga semua pertandingan, seperti bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan menyumpit berjaya dijalankan mengikut jadual. Berikut antara gambar-gambar yg sempat saya rakam menggunakan kamera handphone saya.
Labels:
PSKPP Lawas
Wednesday, June 22, 2011
Cuaca Panas Melampau di Lawas
Cuaca yg sangat panas sejak dua tiga hr kebelakangan ini di bandar Lawas menyebabkan keadaan yg sangat tidak selesa. Mungkin fenomena ini adalah petunjuk untuk bermulanya musim kemarau di sini. Di harap cuaca yang lebih baik akan berlaku minggu depan dan jagalah kesihatan untuk mengelak daripada jangkitan penyakit atau keadaan2 yg tidak mengizinkan.
Sunday, June 19, 2011
Friday, June 17, 2011
Raptai Sambutan Hari Guru
Raptai Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas yg sgt memenatkan kerana banyak benda yg perlu di buat. Panas kerana aircon tidak di ON juga penyebab utama. Di harap majlis esok meriah dan menyeronokkan. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di sekitar Daerah Lawas khasnya.
Labels:
Hari Guru